Biasanya orang2 yang datang berkunjung ke Kuching, selalu nak pegi Serikin, sempadan Sarawak-Indonesia ni sebab dengar cerita barang murah sana. Last skali aku pegi sini tahun 2006, tahun ni aku dgn family pergi skali lagi. Kali ni niat dihati nak cari jam vintage ataupun parts kalau2 ada.
Ni la satu-satunya kedai jam vintage yang ada dengan pilihan yang amat terhad.
Tak ada yang menarik dimata aku... sekadar tunjuk kat anak2 barang-barang lama.
Ada perkhidmatan pack & deliver to anywhere in the world.
Aku balik dengan kecewa, tapi sempat aku sambar madu dan petai ni untuk buang balik toxin dan lenguh2 badan tadi.